Iklan

Jumaat, 27 Mei 2011

Wabak E Coli Menyerang Eropah

Pihak berkuasa Jerman hari ini mengesahkan bahawa seramai 5 orang telah menjadi korban kepada wabak bakteria E Coli - Escherichia coli .

Reinhard Burger memberitahu  ARD's Morgenmagazin bahawa seramai 60 kes jangkitan baru telah dikesan antara hari Khamis dan Jumaat. kebanyakan kes dilaporkan berlaku di Hamburg dan ratusan kes lagi dijangka akan dilaporkan. Sehingga kini 10 kes di Sweden, 4 kes di Denmark, 3 kes di Britain dan 1 kes di Belanda.

Photo: DPA

Penderita E Coli akan mengalami sindrom haemolytic uraemic, yang mengakibatkan berlakunya stroke dan koma serta kegagalan buah pinggang dan sawan.


Jangkitan ini dikatakan berpunca daripada buah Mentimun Sepanyol (Spain Cucumber) yang diimport dari wilayah Alneria dan Malaga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan