Iklan

Selasa, 24 Mei 2011

Antara Justin Bieber Dengan Imam Sudais

Pada 21 April 2011, artis terkenal Justin Bieber tiba di Malaysia untuk persembahan konsertnya. Beliau tiba dengan kekasihnya Selena Gomez juga seorang artis. Kedatangan Justin ke Malaysia telah menimbulkan kegilaan kepada peminatnya  yang fanatik. Kawalan ketat diberikan oleh pihak polis kepada artis ini untuk mengelakkan daripada berlakunya sebarang insiden yang tidak diingini.


Tapi bagaimana pula sambutan masyarakat Malaysia, khasnya umat Islam di sini dengan kedatangan Imam Besar Masjidilharam iaitu Sheikh Dr Abdul Rahman Ibn Abdul Aziz As-Sudais berkebetulan pada minggu yang sama.

Reaksinya ada yang positif dan juga negatif. Yang positif kita sudah maklum, yang negatifnya pula ialah mengenai dakwaan bahawa Imam Sudais itu adalah pendokong ajaran Wahabi yang bersalahan dengan  amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Kedatangan Imam Sudais juga diikatakan mendapat restu daripada Jakim.

Antara yang paling lantang memperkatakan isu ini ialah Ustaz Zamihan. Beliau pernah mengaitkan isu Wahabi ini dengan bekas Mufti Perlis iaitu Drs Asri dan juga bekas Menteri Besar Perlis Shahidan Kassim. Pertembungan pendapat antara penyokong Imam Sudais dan menghentam Ustaz Zamihan berlarutan hingga ke laman facebook.


Untuk bacaan lanjut mengenai perkara ini - sila klik :-




sumber :
Facebook
The Malaysian Insider

Tiada ulasan:

Catat Ulasan