Gunung berapi Grimsvotn di Iceland meletus dengan menghamburkan debu-debu yang menjulang sehingga 17 km. Secara perbandingan letusan Grimsvotn kali ini adalah lebih kecil impaknya kepada alam sekitar khususnya pencemaran udara sebagaimana menurut pandangan saintis.
Pada April 2010 lalu, Gunung Berapi Eyjafjallajokull, telah meletus dan memuntahkan larva serta debu-debu jerebu sehingga menyebabkan syarikat-syarikat penerbangan di Eropah menanggung kerugian bisnes antara 1.5 billion - 2.5 billion Euro.
Partikel daripada letusan Grimsvotn, menurut kajian saintis adalah lebih besar berbanding dengan partikel yang dimuntahkan oleh Eyjafjallajokull yang membolehkannya lenyap dari ruang udara lebih cepat. Hasil kajian mendapati debu-debu dari letusan Eyjafjallajokull yang lebih halus berupaya menyebabkan enjin jet tersekat dan kakisan kepada komponen enjin serta tingkap pesawat.
Bagaimanapun pihak berkuasa penerbangan sudah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
Jerebu tebal menyebabkan lapangan terbang ditutup.
Debu-debu yang gugur sangat tebal sehingga boleh meninggalkan kesan tapak kasut.
Gambaran partikel debu dari letusan Eyjafjallajokull. Partikel di sebelah kanan lebih kasar dan dimuntahkan pada peringkat akhir letusan. Disebelah kiri adalah partikel yang lebih halus ketika gunung itu mula-mula meletus.
sumber : http://www.bbc.co.uk
Tiada ulasan:
Catat Ulasan