Iklan

Sabtu, 21 Mei 2011

Randy Savage Macho Man Terbunuh Dalam Kemalangan



Penggusti lagenda Macho Man Randy Savage terbunuh dalam satu kemalangan pada pagi hari Jumaat 20 May 2011 di Seminole.

Nama sebenar beliau ialah Randy Mario Poffo (58). Kejadian berlaku ketika Randy dalam perjalanan ke Park Boulevard dengan sebuah Jeep Wrangler bersama dengan isterinya. Bagaimanapun isterinya hanya cedera
ringan.

Randy disyaki mengalami serangan jantung sebelum kenderaan yang dinaiki mereka berdua terbabas dan melanggar sebatang pokok. Beliau meninggal dunia di Largo Medical Center.


Randy memulakan karier gustinya di dalam World Wrestling Federation (WWF) pada tahun 1985. Selama 20 tahun bergusti Randy memegang 20 kejuaraan dalam WWF, WCW dan TNA.

Randy terkenal dengan trademark "Ohhhhhh Yeahhhhh".

sumber : http://www.cfnews13.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan