Iklan

Khamis, 30 Jun 2011

Harga Emas Dijangka Naik Lagi.



Harga emas dijangka akan naik lagi berikutan rancangan untuk "bailout" krisis kewangan Greece. Bagaimanapun nilai matawang Euro dijangka akan mengalami penurunan berikutan dengan tindakan tersebut  menurut pengalisa pasaran, Jay Taylor, President and CEO of Taylor Hard Money Advisors.
Harga emas naik melebihi USD1,500 bagi 1 ounce pada hari Selasa lalu dan sedang meningkat lagi. Pelaburan emas adalah sangat baik kerana emas tidak susut nilainya, malah semakin meningkat dari masa ke semasa.

Maria Sharapova Mara ke Semi Final Wimbledon

Maria Sharapova kembali melangkah ke separuh akhir Wimbledon pada kejuaraan kali ini. Kali terakhir beliau masuk ke separuh akhir ialah pada tahun 2006. Sharapova layak ke separuh akhir setelah menewaskan Dominika Cibulkova, 6-1, 6-1. 

Russia's Maria Sharapova celebrates defeating Slovakia's Dominika Cibulkova in their match at the All England Lawn Tennis Championships at Wimbledon, Tuesday, June 28, 2011. (AP Photo/Anja Niedringhaus)      
                                                                                                                                                                 Sharapova menjuarai Wimbledon pada tahun 2004 ketika berusia 17 tahun, dan berjaya memasuki peringkat separuh akhir pada tahun 2006. Untuk mara ke saringan akhir, Maria perlu mengalahkan pemain Jerman, Sabine Lisicki


Russia's Maria Sharapova blows kisses to the crowd after defeating Slovakia's Dominika Cibulkova in their match at the All England Lawn Tennis Championships at Wimbledon, Tuesday, June 28, 2011. (AP Photo/Anja Niedringhaus)

Jumaat, 17 Jun 2011

Harry Potter And The Deathly Hallows: Part 2 Official HD Trailer



HARRY POTTER AND THE DEATHLY HALLOWS: PART 2 bakal ditayangkan pada 15 July 2011 nanti. Dibintangi oleh Daniel RadcliffeRupert GrintEmma Watson, dan Ralph Fiennes sebagai Lord Voldemort.

Harry Potter and the Deathly Hallows: Part 2 adalah siri finale kepada siri filem Harry Potter dan yang pertama dibuat dalam 3D. Filem-filem Harry Potter adalah hasil adaptasi novel karya J.K Rowling. Menurut Warner Bros, epic terakhir ini akan memperlihatkan pertembungan kuasa jahat dengan kuasa baik sehingga boleh menjahanamkan dunia. Untuk menyelamatkan dunia adakah Harry Potter sanggup menjadi korban kepada Lord Voldemort? Saksikanlah sendiri.

Sabtu, 11 Jun 2011

Yuri Gagarin - Angkasawan Pertama Dunia

Yuri Alekseyevich Gagarin atau lebih dikenali sebagai Yuri Gagarin adalah seorang juruterbang dan angkasawan Soviet . Beliau menjadi manusia pertama menjelajah angkasa apabila roket Vostok 1 berjaya mengorbit bumi pada tarikh 12 april 1961.

Sejak itu Yuri Gagarin menjadi seorang selebriti dunia dan menjadi hero kebanggaan negara, sehinggakan beliau mendapat anugerah tertinggi Soviet ketika itu - Hero of Soviet Union. 

Vostok 1 menjadi satu-satunya penerbangan angkasa beliau, dan dalam misi penerbangan Soyuz 1, Yuri Gagarin hanya diletakkan sebagai krew sokongan. Beliau bernasib baik ketika itu kerana misi Soyuz 1 berakhir dengan kegagalan. 

Selepas itu beliau dilantik sebagai Timbalan Pengarah Cosmonaut Training Center di pinggir Moscow. Yuri Gagarin terbunuh dalam satu nahas udara pada tahun 1968 ketika menerbangkan sebuah jet MIG15.

Yuri Gagarin dilahirkan pada 9 March 1934, di sebuah ladang di Smolensk OblastRussia. Ibubapanya bekerja sebagai petani dan tukang kayu. Dia merupakan anak ketiga dari empat orang adik beradik. Mereka sekeluarga pernah menderita akibat daripada kekejaman Nazi ketika Perang Dunia II.

Pada tahun 1960, Yuri Gagarin terpilih bersama-sama dengan 19 orang calon untuk diserapkan ke dalam program angkasawan Soviet. Dengan ketinggian 5 kaki 2 inci (1.57m), Yuri terpilih bersama-sama dengan seorang lagi rakannya iaitu Gherman Titov. Dalam saringan akhir beliau berjaya menjadi calon pertama untuk dihantar ke angkasalepas.

Selepas misi angkasalepas Vostok 1, beliau menjadi terkenal dan menjelajah ke seluruh dunia dan beroleh kemasyhuran. Pada tahun 1962, beliau dilantik sebagai timbalan kepada Supreme Soviet of The Soviet Union. Pada tahun yang sama beliau ditauliahkan sebagai Leftenan Kolonel Pasukan Udara Soviet dan pada tahun 1963 pula, dinaikkan pangkat kepada Kolonel.

Ketika Yuri Gagarin menyandang jawatan sebagai Timbalan Pengarah Latihan di Star City (Pusat Latihan Angkasawan), beliau menjalani semula latihan kelayakan juruterbang pejuang.

Pada tanggal 27 March 1968, ketika menjalani latihan rutin penerbangan di Pengkalan Udara Chkalovsky, beliau bersama-sama dengan jurulatih penerbangan Vladimir Seryogin, telah terbunuh apabila pesawat MIG15 UTI yang mereka terbangkan terhempas berhampiran Kirzhach.

Yuri Gagarin meninggalkan seorang balu, Valentina dengan dua orang anak perempuan iaitu Elina dan Galina. Anak yang sulung, Elena Gagarina kini berkhidmat sebagai Director General di Muzium Moscow Kremlin dan anaknya yang kedua berkhidmat di Plekhanov Russian Economic University

sumber : wikipedia.org

Jumaat, 10 Jun 2011

Nissan LEAF - EV Zero Emissions

Nissan LEAF - sebuah kenderaan bebas pencemaran yang menggunakan kuasa elektrik sebagai nadi penggerak utama. Tenaga elektrik di simpan di dalam bateri lithium yang boleh dicas semula dalam masa yang singkat. Nissan LEAF adalah sebuah kenderaan berkuasa elektrik sepenuhnya. 

Maklumat lanjut sila klik di sini


Khamis, 9 Jun 2011

Online Guitar Tuner - Tune Gitar Secara Online

Gunakan aplikasi di bawah untuk tune gitar anda. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang bermain gitar, anda boleh klik di sini.

Harap-harap anda enjoy tengok klip video di bawah ni, lagu dari filem Titanic - My Heart Will Go On versi gitar akustik. Dimainkan oleh Sungha Jung. Jom Layan......



Sabtu, 4 Jun 2011

X-MEN : FIRST CLASS MOVIE TRAILER

Filem terbaru di pawagam. Saksikanlah X-Men : First Class yang mula ditayangkan mulai 3 Jun 2011.



X-MEN FIRST CLASS charts the epic beginning of the X-Men saga, and reveals a secret history of famous global events. Before mutants had revealed themselves to the world, and before Charles Xavier and Erik Lehnsherr took the names Professor X and Magneto, they were two young men discovering their powers for the first time. Not archenemies, they were instead at first the closest of friends, working together with other Mutants (some familiar, some new), to prevent nuclear Armageddon. In the process, a grave rift between them opened, which began the eternal war between Magneto's Brotherhood and Professor X's X-Men.


Jumaat, 3 Jun 2011

Selamat Datang "My Plate"


Inilah carta terbaru bagi menggambarkan corak permakanan seimbang. Kita tentu kenal dan biasa dengan simbol Piramid Makanan. Gambarajah berbentuk piramid dengan beberapa pembahagian mengikut kategori makanan. Seperti di bawah:-


Simbol terbaru ini baru sahaja dilancarkan oleh Wanita Pertama US - Michelle Obama pada Khamis lalu. Menurut jurucakap CNPP (Central Nutrition Policy and Promotion), satu jabatan di bawah seliaan USDA (United States Department  of Agricultural) telah mengambil masa selama 2 tahun untuk menyiapkan rekabentuk My Plate beserta dengan lama webnya sekali iaitu ChooseMyPlate.gov

Reka bentuk My Plate yang ringkas dan menarik dikatakan lebih mudah untuk menyampaikan mesej tentang permakanan seimbang. Piramid Makanan yang telah digunakan sejak tahun 1992 disifatkan sebagai terlalu rumit dengan mesej yang hendak disampaikan.

Secara ringkas My Plate menggambarkan tentang sepinggan juadah dengan empat pembahagian kategori makanan iaitu buah-buahan (merah), sayur-sayuran (hijau), bijirin (coklat) dan protein (ungu). Manakala produk tenusu (biru) pula digambarkan dengan sebiji cawan di penjuru atas kanan.

Kesimpulannya daripada simbol My Plate itu, separuh daripada diet yang perlu diambil dalam satu hidangan mestilah mengandungi 50% sayur-sayuran dan buah-buahan. Sementara baki 50% lagi, menyarankan supaya dilebihkan makanan yang mengandungi karbohidrat (makanan berasaskan gandum atau nasi) dan kurangkan pengambilan protein (daging, ayam atau ikan).

                 ChooseMyplate.gov