Iklan

Sabtu, 11 Jun 2011

Yuri Gagarin - Angkasawan Pertama Dunia

Yuri Alekseyevich Gagarin atau lebih dikenali sebagai Yuri Gagarin adalah seorang juruterbang dan angkasawan Soviet . Beliau menjadi manusia pertama menjelajah angkasa apabila roket Vostok 1 berjaya mengorbit bumi pada tarikh 12 april 1961.

Sejak itu Yuri Gagarin menjadi seorang selebriti dunia dan menjadi hero kebanggaan negara, sehinggakan beliau mendapat anugerah tertinggi Soviet ketika itu - Hero of Soviet Union. 

Vostok 1 menjadi satu-satunya penerbangan angkasa beliau, dan dalam misi penerbangan Soyuz 1, Yuri Gagarin hanya diletakkan sebagai krew sokongan. Beliau bernasib baik ketika itu kerana misi Soyuz 1 berakhir dengan kegagalan. 

Selepas itu beliau dilantik sebagai Timbalan Pengarah Cosmonaut Training Center di pinggir Moscow. Yuri Gagarin terbunuh dalam satu nahas udara pada tahun 1968 ketika menerbangkan sebuah jet MIG15.

Yuri Gagarin dilahirkan pada 9 March 1934, di sebuah ladang di Smolensk OblastRussia. Ibubapanya bekerja sebagai petani dan tukang kayu. Dia merupakan anak ketiga dari empat orang adik beradik. Mereka sekeluarga pernah menderita akibat daripada kekejaman Nazi ketika Perang Dunia II.

Pada tahun 1960, Yuri Gagarin terpilih bersama-sama dengan 19 orang calon untuk diserapkan ke dalam program angkasawan Soviet. Dengan ketinggian 5 kaki 2 inci (1.57m), Yuri terpilih bersama-sama dengan seorang lagi rakannya iaitu Gherman Titov. Dalam saringan akhir beliau berjaya menjadi calon pertama untuk dihantar ke angkasalepas.

Selepas misi angkasalepas Vostok 1, beliau menjadi terkenal dan menjelajah ke seluruh dunia dan beroleh kemasyhuran. Pada tahun 1962, beliau dilantik sebagai timbalan kepada Supreme Soviet of The Soviet Union. Pada tahun yang sama beliau ditauliahkan sebagai Leftenan Kolonel Pasukan Udara Soviet dan pada tahun 1963 pula, dinaikkan pangkat kepada Kolonel.

Ketika Yuri Gagarin menyandang jawatan sebagai Timbalan Pengarah Latihan di Star City (Pusat Latihan Angkasawan), beliau menjalani semula latihan kelayakan juruterbang pejuang.

Pada tanggal 27 March 1968, ketika menjalani latihan rutin penerbangan di Pengkalan Udara Chkalovsky, beliau bersama-sama dengan jurulatih penerbangan Vladimir Seryogin, telah terbunuh apabila pesawat MIG15 UTI yang mereka terbangkan terhempas berhampiran Kirzhach.

Yuri Gagarin meninggalkan seorang balu, Valentina dengan dua orang anak perempuan iaitu Elina dan Galina. Anak yang sulung, Elena Gagarina kini berkhidmat sebagai Director General di Muzium Moscow Kremlin dan anaknya yang kedua berkhidmat di Plekhanov Russian Economic University

sumber : wikipedia.org

Tiada ulasan:

Catat Ulasan