Iklan

Jumaat, 3 Jun 2011

Selamat Datang "My Plate"


Inilah carta terbaru bagi menggambarkan corak permakanan seimbang. Kita tentu kenal dan biasa dengan simbol Piramid Makanan. Gambarajah berbentuk piramid dengan beberapa pembahagian mengikut kategori makanan. Seperti di bawah:-


Simbol terbaru ini baru sahaja dilancarkan oleh Wanita Pertama US - Michelle Obama pada Khamis lalu. Menurut jurucakap CNPP (Central Nutrition Policy and Promotion), satu jabatan di bawah seliaan USDA (United States Department  of Agricultural) telah mengambil masa selama 2 tahun untuk menyiapkan rekabentuk My Plate beserta dengan lama webnya sekali iaitu ChooseMyPlate.gov

Reka bentuk My Plate yang ringkas dan menarik dikatakan lebih mudah untuk menyampaikan mesej tentang permakanan seimbang. Piramid Makanan yang telah digunakan sejak tahun 1992 disifatkan sebagai terlalu rumit dengan mesej yang hendak disampaikan.

Secara ringkas My Plate menggambarkan tentang sepinggan juadah dengan empat pembahagian kategori makanan iaitu buah-buahan (merah), sayur-sayuran (hijau), bijirin (coklat) dan protein (ungu). Manakala produk tenusu (biru) pula digambarkan dengan sebiji cawan di penjuru atas kanan.

Kesimpulannya daripada simbol My Plate itu, separuh daripada diet yang perlu diambil dalam satu hidangan mestilah mengandungi 50% sayur-sayuran dan buah-buahan. Sementara baki 50% lagi, menyarankan supaya dilebihkan makanan yang mengandungi karbohidrat (makanan berasaskan gandum atau nasi) dan kurangkan pengambilan protein (daging, ayam atau ikan).

                 ChooseMyplate.gov

Tiada ulasan:

Catat Ulasan