Iklan

Memaparkan catatan dengan label orang kaya malaysia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label orang kaya malaysia. Papar semua catatan

Sabtu, 3 Mac 2012

Kaum India Semakin Ramai Jadi Jutawan di Malaysia


Tan Sri Ninian Mogan Lourdenadin, Doktor berketurunan India yang beralih menjadi hartawan runcit, kini tersenarai antara individu terbaru 40 rakyat Malaysia terkaya, demikian mengikut senarai terbaru majalah kewangan dan perniagaan Forbes. 

Untuk makluman anda, gabungan kekayaan 40 individu paling kaya di Malaysia tahun lalu meningkat sebanyak AS$2.3 (RM7 bilion) kepada AS$64.4 bilion (RM192 bilion) daripada tahun sebelumnya,

Bilangan rakyat negara ini yang berada dalam kelompok individu dunia yang mempunyai kekayaan lebih AS$1 bilion (RM3 bilion) juga bertambah kepada 11 daripada 10 tahun sebelumnya. 

Mungkin anda tertanya-tanya, siapakah Lourdenadin…individu berketurunan India yang kaya raya itu? 

Maklumlah, sebelum ini bila bercakap tentang ahli perniagaan India, yang sering disebut orang ialah Ananda Krishnan dan Tony Fernandes saja. Sebenarnya tak banyak yang kita tahu mengenai latar belakang beliau.

Yang pasti beliau adalah Ketua Eksekutif MBF Holdings dan mempunyai perniagaan dalam hartanah, peruncitan, pelancongan dan perkhidmatan perubatan di Malaysia, Fiji, Papua New Guinea dan Australia. 

Dengan penyenaraian Lourdenadin ini, jumlah individu terkaya di Malaysia yang berketurunan India nampaknya makin bertambah.
Ini adalah antara senarainya;
 
1. Usaha Tegas-Ananda Krishnan-Ralph Marshall


2.AirAsia-Anthony Francis Fernandes(Datuk Tony Fernandes)

3.Multi Vest Resorces Berhad-K.Ketheeswaran(Dato K.Kenneth Eswaran)

4.Chase Perdana Berhad-Mohan Krishna Swamy(Dato Mohan K Swamy)

5.MK Land- Kasi

6.Binariang-Ananda Krishnan-Ralph Marshall

7.Pan Malaysian Pools-Ananda Krishnan-Ralph Marshall

8.Tanjong Golden Village-Ananda Krishnan-Ralph Marshall

9.Maxis-Ananda Krishnan-Ralph Marshall

10.Tanjong PLC-Ananda Krishnan-Ralph Marshall

11.Astro-Ananda Krishnan-Ralph Marshall

12.Powertek Berhad-Ananda Krishnan-Ralph Marshall

13. Quest International-Vijay Eswaran

14. Amway- Cecil Wilbert Mohanaraj Abraham

15. Eversendai-A.K.Nathan

16. Measat Global Berhad- Ralph Marshall

17. MBF Holdings Berhad- Dr Ninian Mogan Lourdenadin(Lourdes)CEO

18. MBF Holdings Berhad- Susan A/P Rajanayagam MD

19. Meda Inc. – Dato’ Dr. Loga Bala Mohan a/l Jaganathan

20. SP Setia- George Anthony Dass David

21. Scicom- Dato’ Ahmad Kabeer Bin Mohamed Nagoor/Krishnan Menon

22. Safeguards Corporation-Darmendran Kunaretnam
 
 





 Untuk rekod, Ananda Krishnan mempunyai harta yang dianggarkan berjumlah AS$9.9 bilion (RM29.7 bilion), Tony Fernandes mempunyai RM1.77 bilion manakala Lourdenadin memiliki aset sebanyak RM1.5 billion.



Seorang lagi wajah baru ialah kontraktor Datuk A K Nathan, 54, ahli perniagaan berketurunan India yang berjaya di negara ini dengan harta sebanyak AS$250 juta (RM830 juta). Syarikatnya, Eversendai, terbabit dalam banyak pembinaan di Asia Barat termasuk Burj Khalifa di Dubai.



Di saat kita asyik bertelagah, orang lain nampaknya makin maju dan kedepan dalam semua bidang. Contohnya seperti penyenaraian orang terkaya ini, siapa sangka dalam masa terdekat ini usahawan India kita nampaknya semakin ‘menjadi-jadi’ kekayaan mereka sedangkan jumlah ahli perniagaan Melayu yang ada dalam senarai hanyalah balik-balik orang yang sama.

Suatu ketika dulu, masyarakat India sering dikaitkan dengan gangsterism dan kemiskinan tetapi nampaknya ada anjakan paradigma yang hebat dalam masyarakat mereka.

Jumlah masyarakat India yang terjun ke dunia profesional semakin bertambah dari hari ke hari, mereka yang melibatkan diri dalam perniagaan juga semakin meningkat, itu belum dikira graduan mereka yang semakin ramai lulus dari universiti dalam dan luar negara.

Benar, masih ramai di antara mereka yang berada di garis kemiskinan tetapi jumlahnya makin berkurangan dari tahun ke tahun.

Ini sesuatu yang patut dibanggakan!!!

Jumaat, 17 Februari 2012

Orang Kaya Malaysia 2012














Senarai orang terkaya Malaysia 2012 telah pun dikeluarkan. Jikalau diperhatikan senaraian dan nilai aset yang dimilki oleh kalangan billionaire di Malaysia, tampak ada kejatuhannya daripada segi jumlah kekayaan. Cuma daripada kalangan 10 yang terkaya hanya Tan sri Syed Mokhtar Al Bukhary dan Ong Beng Seng berjaya menambah nilai keyaan masing-masing….


Senarai Orang Terkaya di Malaysia 2012
Berdasarkan nilai pegangan mereka dalam syarikat-syarikat senaraian sehingga 20 Januari 2012
  1. Robert Kuok – Wilmar International (aset RM45.7 bilion)
  2. T Ananda Krishnan – Maxis & Astro (aset RM42.99 billion) -
  3. Tan Sri Teh Hong Piow – Public Bank – (aset RM12.64 billion)
  4. Tan Sri Lee Shin Cheng – IOI Corporation Bhd (aset RM11.36 billion)
  5. Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary – MMC Corporation Berhad (aset RM9.53 billion)
  6. Tan Sri Quek Leng Chan – Hong Leong Malaysia (aset RM8 billion)
  7. Tan Sri Lim Kok Thay – - Gengting Group (aset RM7.58 billion)
  8. Puan Sri Lee Kim Hua – balu kepada Pengasas Genting (aset RM6.58 billion)
  9. Tan Sri Tiong Hiew – Rimbunan Hijau Group (aset RM6.41 billion)
  10. Ong Beng Seng – Grand Prix Formula One Singapore (aset RM4.92 billion)
Senarai orang terkaya di atas ini adalah yang tersurat, tetapi yang tersirat?

Ramai billioanaire senyap sebenarnya di Malaysia. Mungkin kalau ada dimasukkan sekali kekayaan ahli politik di Malaysia mungkin kita boleh melihat kelibat di puncak senaraian rang terkaya di Malaysia:
jet taib mahmud Senarai Orang Terkaya Malaysia 2012 VS Rakyat Malaysia?
Pesawat Jet milik Tan Sri Taib Mahmud

Walaupun Robert Kuok sudah menjual kilang & antara perniagaan paling menguntungkan di Malaysia iaitu perniagaan gulanya kepada Felda dan Syed Mokhtar Al-Bukhary, beliau masih mampu menduduki tangga teratas orang paling kaya di Malaysia. Bagaimana beliau berjaya mengukuhkan mengekalkan kedudukannya sebagai orang paling kaya di Malaysia? Jawapannya…..
  • ROBERT Kuok merupakan “Raja Gula Asia”, beliau sudah berjaya menguasai 10 peratus daripada pasaran keseluruhan pengeluaran gula di dunia
  • Beliau mempunyai kepentingan majoriti bagi syarikat agriculture terbesar di Asia dan syarikat minyak sawit yang terbesar di dunia melalui Wilmar International yang merupakan sumber kekayaan terbesar Tan Sri Robert Kuok
  • Menjalankan pelbagai perniagaan termasuklah gula, minyak sawit, perkapalan dan hartanah
  • Mengawal sekali akhbar harian yang dikatakan paling menguntungkan di dunia, South China Morning Post
Cuma kami agak musykil dengan senaraian di atas, mengapa masih lagi mahu mengangkat individu yang nama Robert Kuok untuk senaraian di Malaysia sedangkan beliau sekarang sudah menjadi warganegara Hong Kong yang merupakan tanah jajahan republik China sekarang?

Perbandingan Orang Kaya VS Orang Kebanykan di Malaysia?

Merujuk senaraian 10 orang terkaya di Malaysia, kami tertarik dengan kenyataan Raja Nazrin apabila kami membanding kalangan orang terkaya di Malaysia dengan pecahan penguasaan ekonomi mengikut kaum di Malaysia.

orang terkaya Senarai Orang Terkaya Malaysia 2012 VS Rakyat Malaysia?
Raja Nazrin mengatakan & membidaskan sepanjang Dasar Ekonomi Baru (DEB) :
  • sesetengah pihak yang tidak amanah dalam menjalankan Dasar Ekonomi Baru (DEB) sehingga dasar yang baik itu gagal mencapai matlamatnya untuk membantu orang Melayu dan umat Islam
Dasar Ekonomi Baru (DEB) ini dilaksanakan sejak dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia ke 2, Tun Abdul Razak dan hasilnya sekarang adalah seperti yang anda lihat pada gambarajah di atas.
P/S : Harapan kami supaya kerajaan perlu berusaha lebih keras untuk merapatkan jurang antara orang terkaya di Malaysia dan orang miskin di Malaysia dengan membahagikan kekayaan negara Malaysia secara adil.

sumber: beritasemasa.com