Iklan

Sabtu, 29 Oktober 2011

E-CODE Lemak Babi - Berita Palsu



PENDAHULUAN

Apabila kita terima apa-apa maklumat menerusi internet, sepatutnya lakukan sedikit-sebanyak kajian terlebih dahulu untuk mempastikan sejauh manakah kebenaran maklumat tersebut. Ada kalanya maklumat yang kita sangka bagus itu rupa-rupanya dicipta oleh musuh-musuh Islam. Mereka sengaja melakukan hal itu untuk merosakkan akidah umat Islam, mempersenda-sendakan umat Islam, memecah-belahkan umat Islam dsb.

Pada kali ini saya kongsikan pendedahan bahawa berita yang kononnya ditulis oleh Dr M Amjad Khan bertajuk E-CODE BABI adalah PALSU. Selamat membaca, semoga bermanfaat:

LATARBELAKANG BERITA PALSU MENGENAI KODE BABI

Ia bermula sekitar tahun 2009. Pada asalnya berita palsu ini ditulis dalam bahasa Inggeris, kemudian ada pihak yang telah menterjemahkan berita palsu itu ke bahasa Melayu dan meletakkannya di laman web mereka dan juga di Facebook dll. Saya telah cuba selidik laman manakah (antara) yang mula menyiarkan berita palsu itu, lalu bertemu satu laman yang dikendalikan oleh seorang yang bernama Yasir Imran Mirza. Alamatnya seperti berikut:

http://yasirimran.wordpress.com/2009/01/04/pig-fat-by-dr-m-amjad-khan/

Beliau telah diselar oleh ramai pembaca Muslim yang telah membuat carian di sekitar internet untuk mencari siapakah dia Dr M Amjad Khan yang kononnya menulis "kajian kode lemak babi" itu, tapi nampaknya Dr Amjad Khan tidak wujud. Nama itu didapati merujuk kepada seorang pelakon India (kemudian diletakkan Dr). Malah, Dr M Liaqat (PhD Food Biochemistry) MA CONSULTING yang kononnya menjadi rakan Dr M Amjad Khan juga tidak wujud. Medical Research Institute United States yang kononnya tempat Dr M Amjad Khan bertugas juga tidak wujud. Yang wujud ialah U.S. Army Medical Research Institute. Ringkasnya, tidak ada sumber sah yang boleh disandarkan atau dipertanggugjawabkan.

Para pembaca laman itu menegur Yasir Imran Mirza, bahawa tindakan beliau kongsikan berita palsu adalah berdosa dan dilarang oleh Islam, namun nampaknya beliau berdegil dan terus memaparkan berita palsu itu hingga ke hari Nota ini saya tulis.

E-CODE YANG DIBERI ADALAH MELESET

Selain dari penulisnya didapati tidak wujud, E-CODE yang diberikan oleh "Dr M Amjad Khan" itu juga tidak betul. Ia mengharamkan kebanyakan E-CODE yang telah dikenalpasti halal. Dari seluruh E-CODE yang diberikan oleh "Dr M Amjad Khan" itu, hanya sedkit saja E-CODE yang dikenalpasti haram. Saya fikir tidak perlulah diperincikan E-CODE dan maknanya memadailah saya kongsikan pautannya. Saudara-saudara bolehlah mencari laman-laman yang lain untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai status halal, selain dari pautan yang saya berikan ini:

(1) Untuk Mengetahui Maksud E-CODE:

(2) Untuk Semak Status Halal E-CODE:

KESIMPULAN

Umat Islam perlulah berhati-hati. Dalam keghairahan untuk kongsikan maklumat sesama kita, hendaklah pastikan terlebih dahulu kesahihan berita tersebut. Ada juga golongan yang berpendapat bahawa "tujuannya baik" maka "itu tidak mengapa". Ini adalah cara berfikir yang bahaya kerana ia akan menyebabkan banyak kerosakan kepada umat Islam di zaman yang banyak fitnah ini.

Kerana itu, jika sesuatu berita yang baru diterima tidak dapat dipastikan kesahihannya, maka sebaik-baiknya janganlah disebarkan. Walaupun pada zahirnya ia nampak menarik, mungkin ia adalah "jerat" yang bakal memerangkap umat Islam itu sendiri. Banyak surat-surat berantai, e-mel berantai dan SMS berantai berjaya disebarkan kerana menggunakan taktik "menjerat" pembacanya dengan "ancaman" (contohnya terima nasib buruk jika tidak disebarkan) dan "ganjaran" (dapat rezeki dsb jika disebarkan kepada ramai orang). Mereka yang kurang berfikir panjang (dan yang inginkan "ganjaran duniawi") terus menyebarkannya tanpa menyelidik terlebih dahulu.

Ada pula yang meletakkan pesanan Rasulullah SAW: "Sampaikanlah walaupun satu ayat" bertujuan agar si pembaca akan terus sebarkan berita itu "kerana menyahut seruan Rasulullah SAW" tapi sayangnya si pembaca tidak siasat terlebih dahulu kesahihan berita yang dikongsikan itu. Inilah antara "trend" yang kita lihat berlaku, tapi segelintir orang masih tidak sedar bahawa itu hanyalah tipudaya yang dimainkan oleh musuh-musuh Islam.

Jika sesuatu itu sudah dikenalpasti sebagai berita benar, dari sumber yang boleh dipertanggungjawabkan dan ianya difikirkan bermanfa'at, maka bolehlah disebarkan, tapi tidaklah semestinya kita yang turut menyebarkannya. Sama-samalah kita berhenti dari menyebarkan sebarang berita bohong atau yang berunsur fitnah, walaupun kita sebenarnya berniat baik.

Apa pun, segala yang telah berlaku ada hikmahnya. Umat Islam akan lebih berhati-hati, akan lebih berusaha mengkaji, dan akan berusaha mengenalpasti musuh-musuh yang ada di sekeliling serta segala tipudaya mereka itu. Kewujudan "pakatan rahsia" untuk memberi orang-orang Islam "makan kotor" dan "makan racun" dsb tidaklah dapat dinafikan, maka jadikanlah itu semua sebagai peringatan kepada kita. Sediakan payung sebelum hujan.

_________________________________

Semoga Allah SWT merahmati kita semua.

سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم

Susunan: Hibatullah Yusof Al-Haj

Ahad, 23 Oktober 2011

Madah Orang Kaya - Warrent Buffet

Berikut adalah antara kata-kata hikmat Warrent Buffet, salah seorang billionares:-

1. I always knew I was going to be rich. I don't think I ever doubted it for a minute. 
2. I don't look to jump over 7-foot bars: I look around for 1-foot bars that I can step over.  
3. It takes 20 years to build a reputation and five minutes to ruin it. If you think about that, you'll do things differently. 
4. It's better to hang out with people better than you. Pick out associates whose behavior is better than yours and you'll drift in that direction. 
5. Look at market fluctuations as your friend rather than your enemy; profit from folly rather than participate in it. 
6. Price is what you pay. Value is what you get. 
7. Risk comes from not knowing what you're doing.  
8. Rule No.1: Never lose money. Rule No.2: Never forget rule No.1.
9. The first rule is not to lose. The second rule is not to forget the first rule. 
10. Value is what you get. 





Khamis, 6 Oktober 2011

Steve Jobs - Bekas CEO Apple Meninggal Dunia.

PHOTO: Apple CEO and co-founder Steve Jobs shows off the new Macbook Air ultra portable laptop during his keynote speech at the MacWorld Conference & Expo in San Francisco, Calif. in this Jan. 15, 2008 file photo.

Steve Jobs, bekas CEO Apple diberitakan telah meninggal dunia hari ini - 5 Oktober 2011. Beliau berusia 56 tahun.

Jobs dan Steve Wozniak adalah pengasas bersama Apple Computer pada tahun 1976. Para pemerhati menyifatkan Jobs sebagai seorang inovater setaraf dengan Thomas Edison yang telah membawa fenomena baru dalam dunia pengkomputeran, rakaman dan hiburan.

Beliau sebelum ini pernah menderita penyakit kanser pankreas (2004) dan pada tahun 2009 beliau menjalani satu pembedahan pemindahan hati. 

Atas sebab kesihatannya yang semakin lemah beliau mengambil keputusan meletak jawatan sebagai CEO Apple pada 24 Ogos 2011.

Rabu, 5 Oktober 2011

Jutawan Dalam Politik Malaysia - Robert Kuok dan Ananda Krishnan


Robert Kuok Hock Nien, orang paling kaya di Malaysia dan yang ke 33 terkaya di dunia. Majalah Forbes pada Mei 2011 menganggar nilai kekayaannya pada US12.5 bilion.
Apakah hubungan kekayaan dan politik di Malaysia?
Sejarah awal, keluarga Kuok memang rapat dengan golongan aristocrat dan bangsawan Melayu di negeri Johor. Bapa Robert Kuok, kerap bermain mah jong dengan Dato Onn Jaafar, presiden pertama parti UMNO.
Robert Kuok dilahirkan di Johor Baharu pada 6 Oktober 1923. Dia membesar dan bersekolah bersama-sama dengan anak Onn Jaafar, Tun Hussien Onn yang kemudiannya menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ketiga.
Semasa di Raffles College atau Raffles Institution, Robert Kuok mengenali Tun Razak yang kemudiannya menjadi Perdana Menteri Malaysia yang kedua. Di Raffles College, Kuok juga rapat dengan bakal Perdana Menteri Singapura, Harry Lee Kuan Yew. Tidak syak lagi, Robert Kuok tidak menjadi seorang jutawan semata-mata kerana nasib atau kebetulan. Sebaliknya kerana hubungannya dengan orang yang berkuasa.
Kuok lahir dan membesar bersama-sama mereka. Dia kenal orang yang berkuasa dan lebih mengetahui latar belakang mereka dan lebih memahami politik Malaysia dan Singapura.
Sebagai seorang yang bijak, Robert Kuok tidak pernah menjadi alat orang politik. Sebaliknya dia adalah master kepada orang politik. Walaupun seketika terdapat konflik antara Tun Mahathir dan Lee Kuan Yew, Robert Kuok tidak pernah memihak sehingga menjejaskan kepentingan pelaburannya di Singapura dan kedudukan perniagaan monopoli komoditinya di Malaysia.
Kuok mengawal 80% perniagaan gula di Malaysia disamping lain-lain komoditi termasuk kelapa sawit.
Sejarah Ananda Krisnan lebih menarik. Ananda adalah kawan rapat dan rakan perniagaan Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah sejak tahun 60an dan 70an. Dia dikatakan orang yang menjadi penasihat kepada Ku Li sehingga tertubuhnya Petronas dan pemilikan kerajaan keatas perniagaan bijih timah.
Bila Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri pada 1981, Krishnan terus mendapat tempat istimewa dengan dilantik sebagai pengarah Bank Negara pada 1982 dan pengarah Petronas pada 1984.
Walaupun berlaku krisis politik antara Dr Mahahtir dan Ku Li, Krishnan tetap rapat dengan kedua-dua mereka. Krishnan tetap mempastikan kebajikan keluarga dan anak-anak mereka dijaga dengan baik, jika bercuti keluar negara. Dia menyediakan hotel, penginapan dan menanggung semua perbelanjaan.
Ahli perniagaan dan jutawan lain yang rapat dengan Ku Li seperti Khoo Kay Peng yang terlalu menyebelahi Ku Li menerima padah setelah Ku Li tewas dalam pemilihan presiden UMNO 1987.
Seperti Robert Kuok, Krishnan tidak ada kepentingan politik sebaliknya menjadikan orang politik mempunyai kepentingan dengan mereka. Mereka menggunakan kuasa yang ada pada orang politik untuk menjadikan kehidupan orang politik lebih selesa. Dalam masa yang sama mereka mencipta kekayaan.