Iklan

Isnin, 5 Disember 2011

Socrates - Lagenda Bolasepak Brazil Meninggal Dunia


Dipetik dari klpos.com:
RIO DE JANEIRO, 5 Dis 2011 - Socrates Brasileiro de Souza Viera de Oliveira, lagenda dan bekas kapten bolasepak Brazil Piala Dunia 1982 dan 1986 disahkan telah meninggal dunia dalam usia 57 tahun akibat keracunan makanan. Beliau sebelum itu telah dilaporkan telah lama mengidap penyakit barah hati akibat tabiat luarbiasa merokok.
Beliau yang juga dikenali sebagai 'Dr Football' merupakan seorang doktor bertauliah, bijak dan ikon bagi aktivis politik di negara tersebut atas dasar menggunakan pengaruhnya dalam menentang junta tebntera kerajaan Brazil bermula dari tahun 1964 hingga 1984.
Socrates pernah dikejarkan tiga kali ke hospital sejak Ogos lalu mengidap penyakit hati kronik disebabkan tabiat minum yang terlalu kerap. Beliau telah menjalani rawatan selama 19 hari sejak September 2011 dan telah dirujuk untuk menjalani pemindahan hati bagi mengelakkan kerosakan hati yang teruk.
alt
Dilahirkan pada 19 Februari 1954 di Belem, Socrates memulakan kariernya sebagai pemain pilihan utama di kelab Botafogo-Ribeirao Preto yang dalam pada masa yang sama menuntut di sebuah universiti dalam jurusan kedoktoran. Beliau kemudiannya menyertai Corinthians pada tahun 1978 selama enam tahun.
Dengan perwatakan berjanggut, kurus dan popular dengan gelaran "Magrao," atau "Big Skinny One", Socrates merupakan salah seorang dari generasi emas era bolasepak Brazil yang turut sama melahirkan lagenda bolasepak lain seperti Zico, Junior, Falcao dan Eder.
Socrates yang mempunyai 60 caps perlawanan antarabangsa dan menghasilkan 21 gol sepanjang kariernya, merupakan seorang genius dengan kemahiran menggelecek, skil dan teknikal yang tinggi cukup menggerunkan pasukan lain apabila Barzil turun ke padang menentang mana-mana pasukan.
sumber : klpos.com